Pengenalan

Salam Sejahtera,

Besar harapan saya, mudah-mudahan inisiatif ini akan membantu keluarga terbabit meneruskan kehidupan dalam suasana sukar ini dan pada masa sama menjadi tanda penghargaan berterusan kerajaan negeri terhadap peranan kaum ibu dalam mengurus keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.

Saya dan rakan-rakan pentadbiran kerajaaan negeri berikrar untuk terus mendampingi rakyat dalam mengharungi cabaran pandemik COVID-19 dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk NCIA, sejajar dengan matlamat agenda Rakyat Selamat, Negeri Sejahtera.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala merahmati dan memberkati segala usaha kita serta melindungi kita semua dari penularan pandemik COVID-19.

Salam Hormat

YAB DATO’ SAARANI BIN MOHAMAD
Menteri Besar Perak

Salam Sejahtera,

Besar harapan saya, mudah-mudahan inisiatif ini akan membantu kerluarga terbabit meneruskan kehidupan dalam suasana sukar ini dan pada masa sama menjadi tanda penghargaan berterusan kerajaan negeri terhadap peranan kaum ibu dalam mengurus keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.

Saya dan rakan-rakan pentadbiran kerajaaan negeri berikrar untuk terus mendampingi rakyat dalam mengharungi cabaran pandemik COVID-19 dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk NCIA, sejajar dengan matlamat agenda Rakyat Selamat, Negeri Sejahtera.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala merahmati dan memberkati segala usaha kita serta melindungi kita semua dari penularan pandemik COVID-19.

Salam Hormat

YAB DATO’ SAARANI BIN MOHAMAD
Menteri Besar Perak

Kasih Ibu Darul Ridzuan

Objektif program Kasih Ibu Darul Ridzuan (KIDR) adalah untuk meringankan beban kos sara hidup melalui bantuan pembelian barangan keperluan asas bulanan di kedai-kedai panel dan rawatan kesihatan di klinik-klinik swasta yang berdaftar di bawah KIDR dengan menggunakan kaedah kad tanpa tunai.

Berikut adalah maklumat terkini program ini.

Ciri-ciri Unik Program Kasih Darul Ridzuan

Program Kasih Ibu Darul Ridzuan diintegrasikan dengan Program Modal Insan NCER bagi meningkatkan status sosio ekonomi bagi golongan belia dan pelajar

Belia

Program latihan peningkatan yang merangkumi latihan kemahiran untuk memperkasakan komuniti setempat dengan meningkatkan pendapatan isi rumah, menggalakkan pendaftaran SSM dan penggunaan digital dan e-dagang
Program Modal Insan inklusif yang menyediakan latihan asas keusahawanan untuk dipersiapkan sebagai pengusaha dengan kemampuan e-dagang, atau diberi penempatan pekerjaan di dalam Industri Kecil dan Sederhana atau Perusahaan Mikro

Pelajar

Pelajar-pelajar yang lemah prestasi akademik akan dipilih untuk menyertai program ini dengan memberi Kelas Bimbingan dan Program Pengayaan dan Pembangunan Diri untuk murid Aliran Perdana dan Program 3M Orang Asli
Program kerjasama agensi swasta-awam antara Yayasan MyKasih dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) yang menyediakan Kad Tanpa Tunai (Cashless Card), Bilik Darjah Abad Ke-21, dan Pembelajaran STEM Robotik

Komuniti Orang Asli

Negeri Perak mempunyai populasi masyarakat pribumi yang terbesar di Malaysia lebih daripada 61,224 Orang Asli pada tahun 2019. Program ini memberi manfaat kepada Orang Asli untuk menikmati makanan yang lebih berkualiti dan berkhasiat. Secara tidak langsung program ini membuka peluang kepada kedai-kedai kecil/ koperasi Orang Asli untuk meningkatkan pendapatan perniagaan serta membuka peluang pekerjaan kepada komuniti Orang Asli.
Status terkini penglibatan orang asli dalam Program Modal Insan NCER:-

43

900

41

Sila Hubungi Kami Untuk Sebarang Pertanyaan

Hubungilah kami untuk sebarang pertanyaan tentang program Kasih Ibu Darul Ridzuan.

Sila Hubungi Kami Untuk Sebarang Pertanyaan

Hubungilah kami untuk sebarang pertanyaan tentang program Kasih Ibu Darul Ridzuan.